JUST ME, THE LUNAR AND THE STARS

Friday, 11 March 2011

Kata Mereka

Bak kata Zetty,
Bila awak suka seseorang,
Semua yang dia tak buat,
Nampak macam dia buat,
Walaupun dia sebenarnya tak buat apa apa.

dan

Bila awak suka seseorang,
Semua yang dia buat,
Nampak macam dia telah buat sesuatu yang sangat besar,
Dan sangat bermakna,
Walaupun dia cuma bernafas di muka bumi ini.

dan

Bila awak suka seseorang,
Awak akan selalu nak tengok phone awak,
Tengok kalau kalau dia ada text atau call awak,
Bila dia ada call atau text,
Jantung awak akan berdegup laju.

kenapa?

kenapa ini semua berlaku?
nak tahu kenapa?
Sebab bila kita suka seseorang
Perasaan suka tu sangat lah kuat
Sangat kuat,
Sampai kadang kadang awak sendiri pun hairan kenapa la sampai macam ni.

tapi

Tapi ingat,
Sayang mana pun, jangan sayang sangat.
Sebab satu hari nanti kita akan kehilangannya.

sayang?

Sayang sepenuhnya lebih baik kepada Allah.
Kerana Dia yang membuatkan hidup kita lebih bermakna.
Kita semua di lahirkan sama.
Dari air mani dan akhirnya di tanam dalam tanah.

tapi

Tapi Allah telah memilih kita,
Dan kita dipilih untuk dilahirkan dalam Islam,
Mempunyai sifat yang sempurna,
Maka dia lah yang layak                                                                                                                                       Layak untuk kita sayang dengan sepenuh hati,bukan? 

No comments:

Post a Comment