JUST ME, THE LUNAR AND THE STARS

Thursday, 17 March 2011

Perasaan Saya

Kadang-kadang awak ada.
Kadang-kadang awak tak ada.


Kadang-kadang awak suka
Kadang-kadang awak tak ada perasaan lagsung


Kadang-kadang awak nak
Kadang-kadang awak sendiri pun tak tahu awak nak ke tak


Kadang-kadang saya rasa macam nak berhenti
Kadang-kadang saya nak sangat teruskan


Awak suka buat saya macam ini
Terkapai-kapai dalam air
Macam main tarik tali
Kejap nak kejap tak nak
Tapi kenapa saya degil sangat
Tak reti nak berhenti
Dan lepaskan segalanya?


Dah terbiasa dengan keadaan dulu
Bila tak ada,
Rasa pelik
Bila jumpa
Pun rasa pelik
Perangai semacam
Masing-masing buat hal sendiri
Macam tak pernah kenal


Sakit hati?
Tak payah cakap
Bila terfikir
Jantung berdegup laju
Geram?
Sakit hati?
Menyampah?
Apa sebab pun saya tak tahu


Menyesal?
Entah. Saya pun tengah fikir
Saya menyesal ke?
Saya menyesal ke?
Kenal dia, tak.
Tindakan saya, ya.
Kenangan dengan dia, tak.


Kalau saya tak melakukan apa yang saya lakukan,
Kita mungkin akan lebih gembira
Saya lebih gembira
Sebab tak rasa macam saya "beban" awak
Sebab tak perlu letak harapan kat awak
Sebab saya tak kan jadi macam ni
Macam orang bodoh
Kejar benda yang macam tak boleh kecapi
Lagi susah lagi nak
Lagi orang kata jangan, lagi nak buat


Nak buat macam mana?
Hmm.

No comments:

Post a Comment